Tuesday 3 January 2017

HIGHLIGHT OF 2016 AND NEW PROJECT IN 2017!










Happy New Year 2017! Diam tak diam selangkah kita ke tahun yang baru. Mungkin masih ada azam tahun lepas yang masih belum lunas dan dipertimbangkan untuk diteruskan tahun ini. Walau apapun yang pasti tahun baru ini OrphanCare akan tetap meneruskan perjuangan kami untuk menyelamatkan bayi dan kanak-kanak terabai. Kami akan cuba untuk membawa pulang anak-anak di rumah kebajikan kembali bersama keluarga mereka. Rumah tanpa penghuni umpama ruang peribadi yang hanya mendamba hati. Sirami anak-anak dengan kasih-sayang keluarga kerana tanpa keluarga, apalah ertinya kehidupan anak-anak ini.

2017 menyaksikan satu lagi ikhtiar untuk membolehkan anak-anak yang terabai ini dibelai dan memperoleh kasih-sayang. Kami pasti dalam perjalanan kehidupan di antara kita tidak lancar seperti orang lain. Biarpun sudah berumahtangga namun rezeki zuriat masih belum tiba biarpun hampir lima tahun menunggu. Lebih menguji apabila doktor mengesahkan salah seorang pasangan tidak berupaya untuk memberi zuriat. Sebagai alternatif, kami di OrphanCare ingin membantu anda mendapatkan anak angkat dengan cara yang betul. Malah kami juga akan memulakan satu lagi kaedah baru iaitu fostering.

Fostering atau anak peliharaan sementara pertama kali diadakan. Kami masih mencari-cari pasangan yang ingin mendaftar sebagai ibu bapa pelihara kepada bayi dan kanak-kanak yang kami selamatkan. Mereka perlukan tempat berteduh, kasih-sayang dan perhatian seseorang yang boleh mereka gelarkan mama dan ayah.

Kami menjemput anda untuk mendaftar dengan kami dengan menghantarkan email kepada admin@orphancare.org.my atau anda boleh juga menghubungi kami di talian 03-78761900 (Isnin – Jumaat, 8.30am – 4.30pm).

EVERY CHILD NEEDS A FAMILY